Tuesday, 15 January 2013

9 Sebab Mengapa Jerawat Tidak Pernah Sembuh


TAHUKAH ANDA KENAPA MASALAH JERAWAT TIDAK PERNAH SEMBUH?
zarraz paramedical, jerawat susah nak sembuh, kenapa jerawat tumbuh berulang kali, gel jerawat, ubat jerawat, petua rawatan jerawat secara traditional
1. Alahan Kepada Makanan
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toksin.

Oleh yang demikian, toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk. Sebaiknya minumlah air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Anda juga dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar, sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan pengaliran toksin dari badan.

2. Masa Tidur Yang Tidak Teratur Dan Tidak Mencukupi
Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Masa tidur yang paling sesuai adalah pada Jam 10.00mlm – 5.00 pagi kerana masa ini merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas.

3. Sembelit
Sembelit membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan melalui kulit wajah. Hal tersebut menyebabkan timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.

4. Pemilihan Produk Yang Salah
Pemilihan produk yang mempunyai bahan kimia menyebabkan banyak bahan toksin yang terkumpul di dalam kulit sehingga membentuk menjadi jerawat. Produk yang mempunyai unsur pengelupasan juga menjadikan perlindungan kulit kita menjadi nipis dan sangat sensitif menyebabkan jerawat mudah naik apabila kulit wajah terdedah dengan habuk, panas atau radikal-radikal bebas. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

5. Bakteria
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.
zarraz paramedical, masalah jerawat, pertumbuhan jerawat, gel jerawat, ubat jerawat, masalah jerawat, petua traditional merawat jerawat
Cara Pertumbuhan Jerawat
6. Hormon Tidak Seimbang
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.

7. Penjagaan Wajah Yang Tidak Rapi
Penjagaan wajah yang tidak berdisplin dan tidakk megikut asas penjagaan muka (4P) iaitu memakai Firming Cleanser (Pembersihan), Refreshing Hydrating Lotion (Penyegaran), i-Moisturizer (Pelembapan), dan Sun Protection (Perlindungan).

Kulit wajah yang sering terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mengundang kepada pertumbuhan jerawat.

8. Hati Toksin
Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya untuk mengambil produk nyah toksin seperti ubat hemopathy.

9. Rawatan Salon
Tidak cukup dengan memakai produk, wajah yang berjerawat juga perlu merujuk kepada pakar kulit.

Melakukan facial atau rawatan muka sekurang-kurangnya sekali sebulan supaya jerawat cepat sembuh.
zarraz paramedical, SPA traditional terbaik, salon kecantikan terbaik, gel jerawat, masalah jerawat, parut jerawat, produk terbaik untuk masalah jerawat
Beauty is Responsibility

4 comments:

  1. Punca Tumbuh, Naik Jerawat.
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/08/punca-tumbuh-naik-jerawat.html

    ReplyDelete
  2. Jerawat x pandai nak sembuh2 ,,apa kaedah yg terbaik

    ReplyDelete
  3. Jerawat x pandai nak sembuh2 ,,apa kaedah yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jerawat susah nak sembuh boleh mulakan dengan detoks (detoks hati/darah/usus). Ambil vit c bg melawan radikal bebas n skincare yg sesuai(berasaskan sumber semulajadi)

      For more info boleh

      Delete

Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.

Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.

Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.