Tuesday, 29 January 2013

Jom Buat Sendiri Masker Semulajadi


Wanita mana yang tidak mahu kulit halus, gebu dan putih berseri? Berapa pun usianya, mereka akan cuba mempertahankan kecantikan kulit yang dimiliki. Tidak dinafikan, kita semua mempunyai keinginan yang sama.

zarraz paramedical, petua kulit cantik dan halus, masker semulajadi, cara membuat masker semulajadi, tips untuk jerawat, bagaimana menghilangkan jerawat, perawatan wajah jerawat

Namun siapa kata cantik memerlukan kos yang tinggi? Barang-barang yang ada di dapur anda juga boleh digunakan untuk mencantikkan wajah. Petua yang saya kongsikan kali ini akan membantu anda tampil
cantik dan menarik dengan kos yang sangat minimum. Kali ini saya akan mengajar anda membuat tiga jenis masker yang setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri untuk kulit wajah. Jom kita teliti satu persatu.

1.  Masker Putih Telur


Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak. Selain itu, masker ini juga mampu mencerah dan menegangkan kulit wajah.

masker putih telur, zarraz paramedical, rawatan wajah secara semulajadi, petua tradisional merawat wajah jerawat, tips untuk jerawat, merawat kecantikan wajah, perawatan wajah jerawat

Cara Penyediaan:-
i). Asingkan putih telur dari kuning telur.
ii). Kocak sehingga berbuih.
iii). Pastikan buihnya pekat dan padat.
iv). Sapukan masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang.

Peringatan: Usah bercakap atau ketawa sewaktu memakai masker ini.

2.  Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan yang memberangsangkan.

masker wajah semulajadi, zarraz paramedical, cara membuat masker semulajadi, petua rawatan wajah menggunakan tomato

Cara Penyediaan:-
i). Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
ii). Parut sehingga hancur.
iii). Ambil dua sudu susu tepung dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
iv). Setelah itu, sapukan pada muka dengan rata.
v). Biarkan selama 15 – 20 minit. Cuci seperti biasa.

Peringatan: Sapukan masker tomato menggunakan berus untuk kesan sapuan yang lebih rata.

3.  Masker Timun

Timun mempunyai khasiat untuk enyejuk dan menyamankan. Kandungan air yang ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk menyegarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yang sudah terlalu letih akibat bekerja seharian.

cara menyediakan masker timun, zarraz paramedical, petua penyediaan masker dari bahan semulajadi, masker timun untuk mata

Cara Penyediaan:-
i). Kupas timun, belah menjadi dua bahagian dan cincang kecil-kecil.
ii). Campur timun dengan satu cawan oat di dalam sebuah mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati sedangkan timun pula berkhasiat untuk melembut dan memberikan vitamin serta menieral untuk kulit wajah.
iii). Tambahkan satu sudu yogurt ke dalam campuran timun dan oat tadi. Yogurt pula bagus untuk membantu menyerap lebihan minyak dari kulit wajah.
iv). Tambahkan satu sudu yogurt ke dalam campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
v). Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih. Tidak perlu mencuci dengan pencuci wajah selepas itu.

Peringatan: Jika ada lebihan, simpan di dalam peti sejuk kerana ia mampu bertahan selama seminggu.
Beauty is Responsibility

7 comments:

  1. salam...sy nk tanye bagaimana kalau saya dh lenyek tomato tu dan tambah putih telur..ape jd..??

    ReplyDelete
  2. salam....saya ingin bertanya bagaimana kalau nk jadi kn mask yg sempurna..contohnya kalau tomato itu dilenyek halus dan tambah dengan putih telur..??

    ReplyDelete
  3. Kalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?

    ReplyDelete
  4. Kalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?

    ReplyDelete
  5. Kalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?

    ReplyDelete
  6. Kalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?

    ReplyDelete
  7. Kalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?

    ReplyDelete

Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.

Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.

Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.