Wanita mana yang tidak mahu kulit halus, gebu
dan putih berseri? Berapa pun usianya, mereka akan cuba mempertahankan
kecantikan kulit yang dimiliki. Tidak dinafikan, kita semua mempunyai keinginan
yang sama.

Namun siapa kata cantik memerlukan kos yang tinggi?
Barang-barang yang ada di dapur anda juga boleh digunakan untuk mencantikkan
wajah. Petua yang saya kongsikan kali ini akan membantu anda tampil
cantik dan
menarik dengan kos yang sangat minimum. Kali ini saya akan mengajar anda
membuat tiga jenis masker yang setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri
untuk kulit wajah. Jom kita teliti satu persatu.
1.
Masker Putih Telur
|
Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu
menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk anda yang
memiliki kulit berminyak. Selain itu, masker ini juga mampu mencerah dan
menegangkan kulit wajah.

Cara Penyediaan:-
i). Asingkan putih telur dari kuning telur.
ii). Kocak sehingga berbuih.
iii). Pastikan buihnya pekat dan padat.
iv). Sapukan masker ini pada wajah. Biarkan seketika
sehingga masker kering dan kulit menegang.
Peringatan: Usah
bercakap atau ketawa sewaktu memakai masker ini.
2. Masker Tomato
|
Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk
menghalus, menggebu dan mencerahkan wajah. Amalkan sekali seminggu untuk kesan
yang memberangsangkan.

Cara Penyediaan:-
i). Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah
memadai.
ii). Parut sehingga hancur.
iii). Ambil dua sudu susu tepung dan gaulkan
dengan parutan tomato tadi.
iv). Setelah itu, sapukan pada muka dengan
rata.
v). Biarkan selama 15 – 20 minit. Cuci seperti
biasa.
Peringatan: Sapukan masker tomato menggunakan
berus untuk kesan sapuan yang lebih rata.
3.
Masker Timun
|
Timun mempunyai khasiat untuk enyejuk dan
menyamankan. Kandungan air yang ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi
pilihan wanita khususnya untuk menyegarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan
kulit wajah yang sudah terlalu letih akibat bekerja seharian.

Cara Penyediaan:-
i). Kupas timun, belah menjadi dua bahagian
dan cincang kecil-kecil.
ii). Campur timun dengan satu cawan oat di
dalam sebuah mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit
mati sedangkan timun pula berkhasiat untuk melembut dan memberikan vitamin
serta menieral untuk kulit wajah.
iii). Tambahkan satu sudu yogurt ke dalam
campuran timun dan oat tadi. Yogurt pula bagus untuk membantu menyerap lebihan
minyak dari kulit wajah.
iv). Tambahkan satu sudu yogurt ke dalam campuran
tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
v). Selepas itu, bilas masker tersebut dan
keringkan wajah dengan tuala bersih. Tidak perlu mencuci dengan pencuci wajah
selepas itu.
Peringatan: Jika ada lebihan, simpan di dalam
peti sejuk kerana ia mampu bertahan selama seminggu.
Beauty is
Responsibility
salam...sy nk tanye bagaimana kalau saya dh lenyek tomato tu dan tambah putih telur..ape jd..??
ReplyDeletesalam....saya ingin bertanya bagaimana kalau nk jadi kn mask yg sempurna..contohnya kalau tomato itu dilenyek halus dan tambah dengan putih telur..??
ReplyDeleteKalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?
ReplyDeleteKalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?
ReplyDeleteKalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?
ReplyDeleteKalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?
ReplyDeleteKalau tomato or timun tu nak kisarkan boleh x?
ReplyDelete