MEMILIKI kulit yang halus, cantik dan sihat
menjadi impian setiap wanita. Mungkin ada yang menganggap ia sesuatu yang
mustahil memandangkan industri kosmetik dan penjagaan kulit di luar sana
rata-ratanya umpama hanya indah khabar daripada rupa.
Kes begini terjadi apabila berlaku lambakan
produk kecantikan dalam pasaran.
![]() |
Petikan yang diambil dari Berita Utusan Online. |
Pengguna pula lazimnya mudah terpengaruh
untuk membeli sesuatu produk tanpa melihat apa yang
terkandung di dalam produk
itu.
Namun, produk keluaran syarikat Sixtyninez
Integrated (M) Sdn. Bhd. ada kelainan tersendiri.
Dipercayai mampu membantu pengguna
mendapatkan kulit wajah idaman, Zarraz Paramedical ada rahsia yang mahu
dikongsikan dengan pengguna.
Menurut pengasasnya, Fatimatul Zaharah Abdul
Mazlan atau Ima Zara, 25, rangkaian produk antipenuaan Zarraz selain
mementingkan faktor halal, ia juga diyakini ramai kerana hanya menggunakan
bahan semulajadi.
Anzalna Nasir bukanlah Duta produk Zarraz tetapi sekadar pengguna tetap sahaja. |
"Tidak seperti produk-produk lain di
luar sana, kami cuma menggunakan bahan semulajadi yang terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan herba.
"Sebenarnya ramai yang tidak tahu,
kebanyakan produk penjagaan kecantikan di luar sana meskipun ada yang mendakwa
tidak mengandungi bahan kimia, sebenarnya tetap mengandungi bahan itu.
"Selama enam tahun membuat kajian
mengenai bidang kecantikan, saya dapati ada produk di luar sana yang
mengandungi bahan kimia.
"Ini adalah sesuatu yang tidak sihat
memandangkan pengguna biasanya tidak meneliti kandungan sebelum membeli produk.
"Ia tentu membahayakan pengguna yang
kemudiannya berkemungkinan terdedah kepada kanser kulit.
"Sebab itu kami menggunakan slogan
Kecantikan adalah Tanggungjawab kerana kami mahu semua pengguna tahu bagaimana
untuk mencari produk yang sesuai dan tidak bahaya kepada kulit, "katanya.
Kata Ima Zara, produk Zarraz dihasilkan
dengan 100 peratus bahan semulajadi terpilih seperti pudina dan rosemary dan ia
boleh digunakan sama ada oleh lelaki atau wanita menerusi dua rangkaian iaitu Advanced
Bio Renewal dan Firming Cleanser, Essence Sebum Gel, Essence Night Cream dan
Sun Protection SPF 50.
![]() |
Antara Jenis-jenis produk yang boleh didapati di Zarraz Paramedical |
Untuk memudahkan pengguna, Zarraz juga
menyediakan perkhidmatan spa dengan pelbagai rawatan kecantikan wajah dan badan
yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.
Spa ini turut berfungsi sebagai pusat jualan
produk Zarraz sementara cawangan-cawangan lain dibuka menjelang akhir tahun
ini.
Sebarang maklumat atau pertanyaan sila Hubungi 010-2639329 / whatsapp 012-6503885.
Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.