Masalah kulit kering
berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek
yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang
anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah:-
![]() |
Masalah Kulit Kering |
1. Minum air putih sekurang-kurangnya
lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas,
anda perlu minum lebih
banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia
akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus
diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi
kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda
bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain
seperti jerawat.

2. Makan makanan berkualiti
tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji,
gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan
kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.
3. Elakkan daripada pengambilan
alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah
kulit kering.
4. Elakkan daripada berada
didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah
kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan
memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.
5. Jangan menggunakan pencuci
muka yang terlalu berbuih. Pencuci muka yang berbuih akan menarik kelembapan
kulit anda dan menjadikan kulit muka bertambah kering.

6. Cuba untuk mengetahui jenis
masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk
memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya
menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa
tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda
gunakan tidak bersesuaian.
7. Cuba untuk mendapatkan 8 jam
tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam
mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang
bersih.
8. Tekap kulit muka anda
menggunakan tuala secara perlahan-lahan setelah selesai mencuci muka. Elakkan
daripada menggosokkan muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang
diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.
Bagi kami di Zarraz Paramedical,
masalah kulit kering itu boleh diatasi dengan penggunaan produk-produk Zarraz
Paramedical yang terpilih. Antara produk terbaik untuk masalah kulit kering
adalah Calming Cleansing Milk iaitu sejenis pencuci muka jenis susu yang sangat
lembut, i-Moisturizer iaitu produk rawatan khas untuk kulit kering dan Sun
Protection SPF50 untuk menjadikan kulit kekal lembab dan dilindungi sepanjang
masa.
![]() |
Produk Zarraz paramedical |
Selain itu Refreshing Hydrating
Lotion (Toner) yang bertindak sebagai penyegar menjadikan kulit kekal lembab
dan segar sepanjang hari. Dan pencuci Firming Cleanser yang diformulakan dari peppermint
dan tanpa buih (SLS) ini mampu membersihkan muka sehingga ke lapisan dermis
tanpa menarik kadar kelembapan kulit wajah.
Penggunaan Produk ZarrazParamedical yang lebih kerap terutama sekali Sun Protection SPF50 mampu
menjadikan kulit gebu, cerah dan berseri selain daripada kelihatan kekal lembab
dan bermaya sepanjang hari.
Bagi anda yang belum pernah
mencuba Produk Zarraz Paramedical, saya nasihatkan anda agar cubalah produk ini
sekarang. Kerana setiap orang pasti sangat-sangat memerlukan produk ini
terutamanya Calming Cleansing Milk & Sun Protection SPF50. Seperti pengguna
yang lain, mereka merasakan adalah tidak selesa keluar dari rumah jika tidak
menggunakan kedua-dua produk ini. Kerana produk ini ternyata sangat berkesan
melindungi wajah anda dari UVA, UVB dan radikal-radikal bebas.
Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.