Tahukah anda sebenarnya proses penuaan mulai berlaku pada usia 25 Tahun?
Apabila kita ketawa, tersenyum atau mengerutkan dahi, kulit akan mengerut
sedikit. Tapi sewaktu muda, garis kerutan ini tidak kelihatan ketika kita
selesai ketawa, tersenyum atau berkerut kerana kulit muda masih anjal. Namun
seiring dengan pertambahan usia, kulit semakin hilang keanjalan disebabkan
otot di bawah kulit yang semakin lemah dan disebabkan graviti, kulit yang
melekat pada otot yang lemah tadi mulai kendur.
![]() |
Tanda-tanda Penuaan |
Selain itu, faktor gaya hidup (merokok, kurang tidur, pemakanan tidak
seimbang), radikal bebas dari asap kenderaan, debu, air berklorin, persekitaran dengan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran menyumbang kepada kerosakan kulit.
Asap rokok (sendiri hisap atau kena asap rokok dari orang lain) dan juga
asap-asap pencemaran yang lain, merupakan sumber radikal bebas yang
boleh merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Jadi, pada mana-mana
wanita yang tidak kelihatan berkedut sebelum waktunya bataskan pergaulan anda
dengan mereka yang merokok. Walaubagaimana pun, Pencemaran dari asap kenderaan
memang payah untuk dihindari terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Wanita disarankan untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran
dan buah-buahan, ambil serat, pilih makanan rendah kalori dan tidak berminyak
serta berprotein tinggi. Pengambilan vitamin atau makanan tambahan untuk
menjaga kecantikan dan awet muda adalah lebih baik daripada kita mengambil
suntikan atau melakukan pembedahan yang menyakitkan. Suntikan seperti botox
atau pembedahan plastik pula adalah sama sekali tidak digalakkan kerana kesan
sampingannya pada masa hadapan amat merbahaya.
![]() |
Piramid Pemakanan Seimbang |
Kekurangan air juga menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Kulit
kering adalah lebih cenderung untuk mudah berkedut berbanding mereka yang
mempunyai kulit berminyak. Apabila usia semakin meningkat, kulit juga biasanya
akan menjadi kering.
Terdedah kepada sinaran UV juga menyumbang kepada penuaan kulit. Pakailah
Krim Perlindungan Kulit yang mengandungi SPF35 dan ke atas tidak kira di luar
rumah mahupun di luar rumah kerana radikal-radikal bebas sentiasa ada walaupun
anda berada di dalam rumah. Dan lebih teruk lagi jika anda berada di luar
rumah.
Dan akhir sekali, kurang tidur juga boleh menyebabkan penuaan. Sebaik-baiknya
tidur biar cukup 8 jam. Tidur yang berkualiti adalah pada jam 10.00pm – 5.00am
kerana pada masa ini badan akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.
![]() |
Tidur dengan Nyenyak dan Berkualiti |
Saranan
Produk Terbaik
Untuk menangani
atau melambatkan proses penuaan/kedutan berlaku, saya sarankan agar menggunakan
Set Produk Zarraz Paramedical seperti berikut:-
1. Calming
Cleansing Milk (Pencuci jenis susu yang menjadikan kulit lembut dan anjal
seperti kulit bayi)
2. Firming Cleanser
(Pencuci muka Double Cleanser yang mencuci sehingga ke lapisan Dermis dan
menjadikan kulit segar, tegang dan cerah)
3. Refreshing
Hydrationg Lotion (Toner – Mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa tanpa
rasa kering atau berminyak)
4. Sun Protection
SPF50 (Perlindungan utama kulit yang bertahan selama 500 minit dan menjadikan
kulit kelihatan lembut dan 4 tahun lebih muda)
5. Stemcell
Sleeping Gel (Treatment kulit pada waktu malam, menjadikan kulit tegang,
anti-wrinkles, anti-aging dan sangat segar).
![]() |
Produk Zarraz Paramedical |
Kelima-lima produk
yang saya senaraikan di atas hanya untuk mereka yang tidak mempunyai masalah
wajah seperti jerawat, kulit sensitif, eczema dan sebagainya. Untuk kulit yang
bermasalah, terdapat produk lain yang perlu ditambah mengikut jenis dan masalah
kulit anda.
Untuk mengetahui
produk yang lebih sesuai untuk anda, sila hubungi Pakar Beautician kami yang
diiktiraf.
Atau untuk membaca
keterangan lanjut produk, sila Klik di SINI>>
Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a Comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.