Friday, 15 March 2013

Petua Penjagaan Rambut Kekal Cantik


Rambut merupakan elemen yang penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri. Penggayaan rambut yang tidak betul dengan cara yang pelbagai seperti mewarnakan rambut, membuat kerinting kepada rambut, menggunting rambut bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakan terhadap rambut kita.
petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung
Rambut Cantik Menawan

Oleh itu, cara-cara yang memelihara rambut dengan betul adalah pengetahuan yang penting untuk semua orang bagi mengekalkan kesihatan
rambut mereka.

Rambut merupakan elemen pada badan kita yang susah dijaga kerana rambut yang telah tumbuh daripada kulit rambut kita merupakan elemen yang sudah mati. Hal ini kerana tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka cara memanjangkan hayat bagi rambut agar rambut kelihatan sihat dan bersinar adalah sangat mustahil.

Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk membolehkan rambut kelihatan sihat hanya dengan cara pemeliharaan dan penjagaan yang teliti. 


1. Kurangkan Manipulasi Rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar.

produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung

Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda.

Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut. 


2. Memilih sikat yang bergigi luas



Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut.


petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung
Sikat Bergigi Luas

Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan atau keguguran yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita. 



3. Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi



Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut.


petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung
Berus Rambut yang Lebih Sesuai

Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan.

Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan.

Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera



4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering.


petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung
Elakkan Menyikat Rambut Basah

Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri.

Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.


5. Elak penggunaan pengering rambut 

Hindari sikap suka mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut. Seeloknya biarkan rambut kering sendiri tanpa bantuan mesin pengering.  Rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah.


petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung
Alat Pengering Rambut

Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 3 ke 4 inci daripada rambut sendiri.

Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.


Bagi yang bertudung penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting. Ini kerana keadaan rambut yang tidak terkena udara dalam tempoh yang lama boleh merosakkan keadaan kesihatan rambut. Berikut merupakan beberapa tips bagi penjagaan rambut yang sihat buat si pemakai tudung.

petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung
Siti Nurhaliza Bertudung

Rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga hari sekali. Syampu yang digunakan hendaklah besesuaian dengan jenis rambut anda.

Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan terdahulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawatlah rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.

petua penjagaan rambut kekal cantik, petua penjagaan rambut bertudung, petua rambut cantik, produk penjagaan rambut, petua menjaga rambut, tips penjagaan rambut, penjagaan rambut bertudung

Pemilihan tudung dari material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah, kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.


Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat. 

0 comments:

Post a Comment

Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.

Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.

Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.