Kulit kusam berlaku
apabila timbunan sel mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan
tersebut tidak dibuang dari permukaan kulit kita dan dibiarkan berkumpul sekian
lama, ini akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam.
Errr.. Kusamnya Kulit Remaja Ni |
Kulit kita ni
sememangnya hari-hari akan ada sel mati. Masalah ini meningkat dengan usia
yg bertambah. Faktor-faktor seperti sinaran matahari,
pencemaran, radikal-radikal bebas, nutrisi
pemakanan tak seimbang, rokok dan penggunaan produk seperti bedak, foundation dan
lain-lain menjadi punca utama berlakunya sel mati/kulit kusam.
Kulit yang kusam
ini akan membuatkan kita nampak lebih tua atau bahasa mudahnya, kulit
tak cantik la kan.
Dan perlu diingat
bahawa sel mati juga akan menyebabkan masalah-masalah kulit lain seperti jerawat,
warna kulit tak sekata, jeragat, bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih
(Whitehead & Blackhead).
CARA UNTUK CERAHKAN KULIT YANG KUSAM DAN GELAP
Jadi, bagaimana
caranya untuk kita menghilangkan sel-sel mati ini, sekaligus memastikan kulit
kita kelihatan cerah, halus dan berseri?
Sebenarnya, mudah
sahaja caranya.
PERTAMA
Pastikan anda
mengamalkan rutin penting dalam penjagaan kulit wajah, 4 BASIC STEPS iaitu Mencuci, Menyegar, Melembap & Melindung.
![]() |
4 Basic Steps Penjagaan Wajah |
KEDUA
Penggunaan Scrub.
Tetapi, penggunaan scrub tak digalakkan untuk kulit wajah yang berjerawat sebab
boleh menyebabkan jerawat luka. Jika anda konsisten dengan rutin penjagaan 4
BASIC STEPS tu, sebenarnya tak pakai scrub pun tak apa.
KETIGA
pengambilan Supplement. Luaran sahaja tak mencukupi, penjagaan dalaman juga penting.
Pengambilan supplement yang sesuai penting untuk membuang toksin di dalam
badan dan melengkapkan proses pembersihan kulit.
KEEMPAT
Facial Sebulan atau
Dua Bulan sekali. Walaupun anda menggunakan Produk Terbaik dan telah
mengamalkan 4 Basic Steps penjagaan wajah namun Sel Kulit Mati tetap ada jika
anda tidak melakukan Facial. Seeloknya lakukan facial sebulan atau dua bulan
sekali untuk membuang sel-sel kulit mati dari wajah anda.
![]() |
Facial Rawatan Kulit Kusam |
Ok.. Itu sahaja
coretan perkongsian saya untuk kali ini.
Dalam entry yang
seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda Petua-petua Tradisional yang boleh
anda amalkan untuk mendapatkan kulit yang cerah, halus dan berseri.
Belum terlambat
lagi untuk anda bertindak sekarang!
Sayangi dan
belailah kulit wajah anda kerana Mencegah itu adalah lebih baik dari Mengubati.
Yang penting, anda
haruslah sabar, konsisten dan jangan putus asa!!
Semua masalah ada
penyelesaiannya.
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.