Apa itu SLS?
Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate & Sodium Lauryl
Sulfoacetate…Ketiga-tiga nama ini mempunyai akronim yang serupa iaitu SLS.
Bahan-bahan ini sering digunakan dalam sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, sabun
basuh, pencuci kereta dan sebagainya untukmenghasilkan buih. Tahukah anda akan bahaya
Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?
Sodium Lauryl Sulfate
dan Sodium Laureth Sulfate adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal
mendatangkan kerengsaan pada kulit. Tapi mengapa penggunaannya meluas? Ini
disebabkan oleh harga yang murah.
Kalau kita perasan,
produk-produk yang menggunakan bahan sintetik SLS ini boleh didapati dengan
harga yang jauh lebih murah supaya kita yang biasa-biasa ni dapat juga bersabun,
bersyampu, menggunakan pencuci muka dan lain-lain.
Tetapi, produk-produk
yang menggunakan bahan organik dan natural seperti Produk Zarraz Paramedical
ini agak mahal harganya kerana ianya dihasilkan dari bahan organic dan kos
penghasilan bahan organic dan natural itu adalah sangat mahal berbanding dengan
penghasilkan bahan sintetik yang hanya menggunakan bahan-bahan kimia.
![]() |
Buih yang dihasilkan dari Bahan Sintetik |
Tapi apa kesan dari penggunaan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate
ini? Kesan paling ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang
menghidap ekzema. SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang
lapisan minyak semulajadi pada kulit.
Perasan tak kadang-kadang lepas bersabun
atau guna pencuci muka, kulit rasa tegang saja. Dan jika selalu
menggunakan pencuci muka yang menghasilkan buih yang banyak, lama kelamaan
kulit muka akan menjadi kering dan sangat kusam.
SLS juga boleh memberi kesan kepada mata, disebabkan itu kita merasa pedih
apabila sabun terkena pada mata. Kesan dalam jangkamasa panjang ialah masalah
mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan
menggalakkan keguguran rambut. SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau
penyebab kanser.
Apa pula Sodium Lauryl
Sulfoacetate?
Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari
kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate ini adalah lebih selamat
kerana bahan semulajadi yang digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih
lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan
kesan sampingan.
Adakah anda perasan
jika anda membasuh kain atau pinggan menggunakan tangan dan sabun yang terlalu
banyak buih, selepas itu tangan anda akan terasa tegang dan sangat kering
sehingga walaupun anda telah menyapu losyen tangan tapi tangan masih terasa
kering dan yang lebih teruk lagi sehingga terjadi tangan mengelupas dan
luka-luka.
Oleh itu,
berhati-hatilah memilih produk. Mungkin bagi anda itu adalah perkara kecil.
Tapi jangan tunggu sehingga anda menghidap penyakit eczema atau sehingga rambut
habis gugur barulah bertindak untuk merawat. Sesungguhnya Mencegah itu lebih
baik dari Merawat.
0 comments:
Post a Comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.