Selain bercerita
soal kecantikan kulit, rambut juga merupakan elemen yang sering dibualkan
ketika bersembang. Mengenakan hijab mahupun tidak bukanlah ukuran seseorang
wanita untuk menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan rambut mereka.
![]() |
Rambut juga perlu dijaga dengan Rapi |
Walaupun ada yang
berpendapat rambut wanita bertudung itu terselindung, namun mereka tetap
mementingkan penjagaannya. Bahkan
apabila mengenakan tudung, rambut lebih sukar diperlihara kerana ia tidak “bebas” seperti wanita yang tidak bertudung.
apabila mengenakan tudung, rambut lebih sukar diperlihara kerana ia tidak “bebas” seperti wanita yang tidak bertudung.
Dalam
entry 1001 Petua kali ini, kami ingin bercerita mengenai dua jenis masalah
rambut yang kerap terjadi iaitu Masalah Kelemumur dan Masalah Rambut Gugur.
MASALAH KELEMUMUR
Kelemumur adalah
fenomena normal buat kebanyakan orang terutamanya mereka yang kuat berpeluh.
Kelemumur bukanlah masalah besar tetapi jika dipandang ringan, ia boleh
menyebabkan beberapa masalah rambut lain yang berlaku.
![]() |
Kelemumur Rambut |
Kelemumur terjadi kerana
beberapa faktor iaitu:-
1. Peluh
Seseorang yang
kerap berpeluh mudah mendapat kelemumur kerana kulit kepala mereka tidak
bersih. Apabila peluh ini berkumpul pada kulit kepala, ia menyebabkan
pertumbuhan sejenis kulat iaitu Pitirosperum Ovale. Ia menjadi semakin aktif
untuk tumbuh kerana penghasilan sebum (Minyak semulajadi) yang berlebihan pada
kulit kepala.
2. Pertukaran
Pantas Kulit Kepala
Jangka masa normal
untuk kulit kepada bertukar kepada yang baharu mengambil masa 28 hari. Masalah
kelemumur menjadi semakin serius apabila berlaku terlalu cepat. Sesetengah
orang boleh mengalami pertukaran kulit kepala baharu hanya dalam masa 11 hari.
Ini juga berpunca berlakunya kelemumur.
3. Jarang Bersyampu
Kulit kepala yang
kotor juga meyebabkan masalah kelemumur. Tidak semestinya anda bersyampu setiap
hari, sekurang-kurangnya pastikan anda mencuci rambut tiga kali seminggu.
Penggunaan perapi juga bagus untuk melembutkan rambut.
![]() |
Kelemumur Berkuping |
4. Perubahan Hormon
Setiap perubahan
hormon yang berlaku kepada wanita semasa
mereka datang haid, sedang hamil atau selepas tempoh melahirkan boleh menjadi
penyebab mengapa kulit kepada mereka didatangi kelemumur.
Walaupun keadaan
hormon tidak dapat diubah, sekurang-kurangnya anda bersedia supaya kulit
kepada tidak sering berkelemumur. Apatah lagi kelemumur berkuping yang boleh
menyebabkan kulit kepada terluka atau berbau.
MASALAH RAMBUT
GUGUR
Satu lagi masalah
yang kerap menyerang wanita adalah rambut gugur. Ia boleh berlaku secara normal
atau serius. Seseorang itu boleh mengalami rambut gugur sehingga tujuh ke
sepuluh helai dalam satu masa. Jika anda gugur sebanyak 100 helai rambut setiap
hari, ia masih dianggap normal.
![]() |
Masalah Rambut Gugur |
Masalah menjadi lebih serius andainya jumlah
keguguran berganda daripada jumlah ini. Rambut gugur boleh terjadi kerana
beberapa faktor. Salah satunya adalah anda menyisir rambut terlalu kuat.
Keadaan boleh menjadi semakin serius apabila anda menggunakan sikat yang salah.
Anda yang berkata
seandainya anda memiliki rambut tebal, gunakan sikat bergigi jarang. Itu benar.
Sekiranya anda memiliki rambut nipis, tidak ada salahnya untuk anda menggunakan
sikat jenis begitu. Sikat bergigi jarang lebih baik kerana ia tidak menarik
rambut anda.
![]() |
Masalah Kebotakan akibat Rambut Gugur |
Jika anda menggunakan sikat ini berhampiran kulit kepada juga
tidak mengapa kerana ia tidak menyebabkan luka. Selain itu, rambut gugur juga
terjadi kerana perubahan hormon. Lihat sahaja wanita yang sedang hamil atau
menyusukan anak, golongan ini biasanya banyak keguguran rambut. Selain itu,
rambut rosak juga boleh menjadi faktor rambut gugur.
Rambut juga boleh gugur jika seseorang itu mengambil terlalu
banyak jenis ubat. Terdapat beberapa bahan di dalam ubat-ubatan yang boleh
memberi kesan kepada pertumbuhan rambut baharu.
|
Apabila rambut gugur, sukar untuk yang baharu tumbuh dan inilah yang
menyebabkan masalah kebotakan jelas terlihat. Oleh itu, peliharalah rambut anda
dan usah pandang ringan soal kesihatan.
Lebih banyak petua
Kesihatan & Kecantikan di SINI>>
Beauty is
Reponsibility
0 comments:
Post a Comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.