Air masak sangat
penting dalam meningkatkan metabolisme tubuh badan. Selain itu faktor-faktor
lain juga
sangat diperlukan. Berikut adalah faktor-faktornya.
sangat diperlukan. Berikut adalah faktor-faktornya.
7
STRATEGI TINGKATKAN METABOLISME
1. Tidur Teratur
Ramai yang
memandang remeh soal tidur. Masyarakat hari ini tidak mementingkan tidur kerana
terlalu sibuk menjalani rutin harian mereka. Selain tidur lapan jam sehari,
tidur teratur boleh diklasifikasikan sebagai tidur dan bangun pada waktu yang
sama pada setiap hari. Tidur teratur dapat meningkatkan kadar metabolisme
tubuh.
![]() |
Tidur Berkualiti |
Tidur kurang misalnya dalam tempoh empat jam sehari akan menjadikan
kadar metabolisme menurun. Tenaga untuk membakar kalori tidak
berkurangan kerana keadaan badan yang letih sehingga menjejaskan kadar
metabolisme seseorang.
2. Waktu Sarapan
Banyak penelitian
mendapati kebanyakkan orang tidak kisah jika terlepas waktu sarapan. Tahukah
anda, kadar metabolisme tubuh secara automatiknya akan menurun ketika tidur. Ia
akan berfungsi secara normal ketika seseorang tidur sehinggalan pada keesokan
harinya ketika mereka makan.
![]() |
Sarapan Pagi Ala Kadar sudah Memadai |
Sebaiknya ambillah sumber karbohidrat ketika
bersarapan kerana ia memerlukkan waktu yang lebih lama untuk dicerna dan
membuatkan kita kenyang dalam satu tempoh masa yang agak lama. Rasa lapar
kerana tidak bersarapan membuatkan kita cenderung untuk makan lebih banyak
selepas itu.
3. Pengambilan
Protein
Protein bukan
sahaja bertindak untuk membakar lemak bahkan ia membentuk otot. Bagi menghadam
protein, lebih banyak tenaga diperlukan.
![]() |
Makanan yang mengandungi Protein Tinggi |
Pengambilan protein dapat meningkatkan
kadar metabolisme dalam tubuh. Apabila memilih makanan, pastikan 10% hingga 35%
daripada jumlah kalori dua kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding
lemak atau karbohidrat.
4. Banyakkan Minum
Air Masak
Badan kita
memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan
(dehidrasi), kadar metabolism akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa
memerlukan lapan gelas air masak. Untuk mengekalkan bekalan air dalam badan,
kita hendaklah meminum air masak sebelum makan.
![]() |
Air Masak |
Sebagai tambahan, boleh juga
memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air. Makan secara kerap boleh
membantu mengurangkan berat badan. Ambil makanan setiap tiga atau empat jam
untuk membantuk meningkatkan kadar metabolisme.
5. Elak Stress
Stress akan
meningkatkan jumlah kartisol dalam tubuh. Ia merupakan hormone yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak
sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi bertekanan tinggi. Senaman
meditasi seperti yoga adalah yang terbaik bagi mengawal stress.
![]() |
Elakkan Stress |
6. Berjemur
Berada di kawasan
gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau naik
berat badan. Apabila ini berlaku, ia member kesan kepada kadar merabolisme
dalam tubuh anda. Pastikan anda berada di bawah sinaran matahari yang sihat
sekitar jam 7.00 - 9.00 pagi.
![]() |
Sinaran Matahari di Waktu Pagi Sangat Baik |
7. Senaman
Senaman dengan
pemberat adalah yang terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisme. Menurut
Kevin Zahri di dalam blognya, satu paun otot akan membakar 35-50 kcal kalori.
![]() |
Senaman Berjogging |
Lemak pula hanya membakar 5-10 kcal kalori. Bersena aerobic atau berjogging
pula tidak membina otot tetapi mampu meningkatkan kadar metabolisme badan
selepas kita melakukannya.
Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.