Semua orang
hendakkan muka yang putih, licin dan gebu, terutamanya wanita yang sangat
memerlukan pelbagai produk kecantikan untuk menambahkan seri dan keyakinan
diri. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak berlumba-lumba mengambil kesempatan
mengeluarkan produk-produk seperti ini kerana permintaannya terlalu tinggi di
pasaran.
Kebanyakan produk
kecantikan hari ini mengandungi bahan-bahan yang berisiko tinggi kepada
kesihatan penggunanya. Antara bahan bahaya yang biasa terdapat dalam produk
kecantikan ialah:
1. Merkuri
Merkuri bukan
organik ialah bahan yang digunakan dalam kebanyakan krim pemutih kulit. Merkuri
mempunyai keupayaan untuk menyerap masuk ke dalam tubuh apabila krim pemutih
itu disapukan kepada kulit.
Merkuri boleh menyebabkan gangguan sistem saraf,
seperti insomnia, terketar-ketar, gangguan penglihatan, gerakan tangan tidak
normal (ataxia), gangguan emosi dan depresi.

2. Hidrokuinon
Hidrokuinon juga
adalah antara bahan pemutih yang sering digunakan dalam produk kosmetik.
Hidrokuinon mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan kulit luar menggelupas
serta menyekat pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam.
![]() |
Rantaian Hidrokuinon |
Kandungan hidrokuinon yang melebihi 2% akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan
rasa terbakar. Hidrokuinon yang berlebihan juga boleh menyebabkan kelainan pada
ginjal (nephrofati), kanser darah (leukemia) dan kanser hati.
3. Plumbum
Plumbum biasanya
didapati di dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, sejenis
depresen sistem saraf. Neurotoksin menyebabkan masalah dalam kelakuan dan
pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, keagresifan yang meningkat dan
pengurangan tumpuan.
![]() |
Fizikal Plumbum |
4. Formaldehid
Formaldehid ialah
bahan kimia yang digunakan dalam produk mandian bayi. Ia digunakan untuk
menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa.
![]() |
Formladehid |
Contohnya, formaldehid digunakan dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan
sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Formaldehid boleh
menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang
berkulit sensitif.
5. Ftalat
Ftalat ialah
sejenis ester asid yang terkandung dalam cecair penguat kuku, semburan rambut,
losyen badan dan pewangi. Ia digunakan untuk mengekalkan haruman dalam sesuatu
produk. Ftalat boleh mendatangkan risiko kepada tumbesaran dan sistem pembiakan
manusia. Ftalat telah dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh
menyebabkan keguguran.
![]() |
Ester Asid Ftalat |
6. Paraben
Paraben, atau asid
para-hidroksibenzoik adalah sejenis bahan kimia yang terkandung dalam penyahbau
ataupun deodoran. Kajian menunjukkan deodoran, apabila disapu ke badan,
meninggalkan sisa paraben yang kemudiannya menyerupai hormon estrogen, yang
memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara.
![]() |
Bahan Paraben |
Selain
deodoran, paraben juga terkandung di dalam krim dan produk kecantikan untuk
mengawet dan menjadikan produk tersebut tahan lama.
7. Sodium Laureth
Sulfate (SLS)
SLS merupakan
sejenis bahan kimia yang bertindak menghasilkan buih. SLS adalah bahan kimia yang
terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit. Kesan paling
ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap eczema.
![]() |
Sodium Lauryl Sulphate |
SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak
semulajadi pada kulit. Perasan tak kadang-kadang lepas bersabun atau guna
pencuci muka berbuih, muka sentiasa rasa tegang saja.
SLS
juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih bila sabun
terkena pada mata. Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak.
|
Selain bahan kimia
yang disenaraikan di atas, sebahagian produk kecantikan juga mengandungi bahan
logam seperti arsenik, kadmium, aluminium dan lain-lain. Kesemua bahan ini
boleh membahayakan pengguna, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit yang
boleh diwarisi secara genetik, seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
Bahan kimia yang terkandung juga boleh meninggikan risiko penyakit kanser di
kalangan penggunanya.
![]() |
Kadmium |
Oleh itu, tidak
mudah untuk memilih produk kosmetik yang benar-benar selamat daripada bahan
kimia berbahaya untuk digunakan sekarang ini. Banyak juga pengeluar produk
kosmetik yang lebih mementingkan keuntungan yang besar daripada memikirkan
keselamatan pengguna produk mereka, sehingga mereka sanggup berlumba-lumba
menggunakan bahan kimia berbahaya secara berlebihan supaya nampak efektif
walaupun kesan jangka panjangnya amat membahayakan pengguna, seperti penggunaan
bahan pemutih hidrokuinon yang berlebihan.
(Sekadar Gambar Hiasan) |
Justeru,
pengguna sendiri haruslah bijak mengambil langkah berhati-hati untuk
melindungi diri masing-masing daripada bahan kimia berlebihan tersebut.
|
Antara langkah yang
boleh diambil ialah:
a). Menggunakan
produk semula jadi yang berada di sekeliling kita, seperti yang diamalkan oleh
nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Banyak petua penggunaan bahan-bahan
semula jadi yang boleh dijadikan bahan untuk kecantikan, seperti penggunaan
timun, tomato, beras, kunyit, putih telur, limau, dan sebagainya.
![]() |
Timun untuk Kecantikan |
b). Menggunakan
produk kosmetik yang dikeluarkan oleh pengeluar atau syarikat yang menggunakan
bahan-bahan semula jadi dan hanya menggunakan bahan kimia pada paras yang
sangat minimum, dalam julat kandungan yang dibenarkan. Selalunya, produk
seperti ini lebih mahal harganya berbanding produk kosmetik yang biasa, namun
begitu ia lebih bermanfaat dalam jangka masa panjang.
![]() |
Baca Label Sebelum Membeli |
c). Sebelum membeli
sesuatu produk kosmetik, pastikan anda baca senarai bahan kandungan yang
terdapat pada labelnya supaya tidak terbeli prooduk kosmetik yang berbahaya
kepada kesihatan.
Beauty is
Responsibility
Terima kasih berkongsi artikel ini. Sangat berguna dijadikan rujukan dan sangat terperinci.
ReplyDeleteProduk Kecantikan Selamat