Jerawat
adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous
iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak
untuk meliputi permukaan kulit manusia.
![]() |
Jerawat Kronik |
Masalah jerawat boleh dilihat apabila
muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak
kecil yang kemerah-merahan,
kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa
hari kemudian.
Jerawat akan
mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan
berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan
ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta
rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh,
bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.
![]() |
Struktur Kalenjer Sebaceous |
Umumnya,
masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam
kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada
kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan,
persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan
bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang
mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.
Masalah
jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses
kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa
ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang,
berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula
dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku
bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut.
![]() |
Gejala Jerawat Semasa Remaja |
Tetapi ramai
tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang
dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama
sekali. Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun
temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka
mengalami kegatalan yang teramat.
Resdung
terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya
perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka
pula akan kegatalan. Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah
ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku
ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan
melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.
![]() |
Gambaran Masalah Resdung |
Jadi,
bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan
yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting
seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak
terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan
juga penggunaan Kosmetik seperti Bedak Asas, BB Cream dan Make Up yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.
![]() |
Kosmetik pelbagai jenis |
Oleh itu apa
yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit
terutamanya di bahagian muka?
- Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
- Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
- Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
- Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku dan juga menyebabkan parut di atas kulit.
- Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
- Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
- Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di Spa & Clinic.
Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.