Petua kesihatan dan kecantikan untuk wanita 30-an
1). KAWAL pemakanan.
2). Guna Pelembap yang sesuai.
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin
kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab
yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka
jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
3). Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari.
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam
jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan
kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada
kekeringan. Walau bagaimanapun anda adalah sangat digalakkan untuk mendapat sinaran matahari pada waktu pagi untuk kecergasan badan dan minda.
4). Sentiasa Bersenam.
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan
senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan
senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
![]() |
Senaman Asas |
5). Minum Banyak Air.
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini
kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit
muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang
pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan
penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
6). Makanan Tambahan.
Pengambilan Collagen/vitamin/supplement adalah amat digalakkan untuk wanita
30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan
wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan collagen/vitamin/supplement
dapat membantu menyelesaikannya.
![]() |
Sendi-sendi tulang perlukan Collagen yang mencukupi |
7). Elakkan Bermekap Tebal.
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba
elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah
menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
8). Positif dan Ceria Selalu
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu
bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat
membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
![]() |
Senyuman itu satu Ibadah |
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.