Salam Kecantikan
kepada semua pengunjung setiap blog Zarraz Specialist ini.
Pada post ini saya
ingin membincangkan dan mendedahkan kepada anda semua tentang tentang fasa-fasa
dalam merawat jerawat.

1). Fasa Rawatan -
(Treatment Phase)
2). Fasa Pengawalan
– (Maintainance Phase)
Fasa Rawatan
Fasa ini melibatkan
rawatan yang intensif. Yang mana anda perlu bersabar dan perlu berhubung dengan
Doktor atau Beauty Consultant anda setiap 2 minggu atau setiap bulan. Anda akan
dibekalkan dengan beberapa produk rawatan jerawat Seperti Calming Cleansing
Milk, Calming Cleanser Rose, Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50.

Anda mungkin juga dibekalkan
dengan ubat Homeopathy atau Supplement. Pada fasa ini, mungkin jerawat akan
keluar lebih banyak kerana produk yang diberi akan menyebabkan jerawat yang
sedang menunggu giliran untuk keluar, akan keluar sebelum mengecut dan hilang
sepenuhnya. Ianya dikenali sebagai proses Healing.
Pada fasa inilah
ramai dari pelanggan akan berputus asa dan merasakan rawatan yang diberi tidak
berkesan padahal pada masa inilah kulit anda sedang melalui proses yang betul
yang mana proses pembersihan kulit dari dalam (Lapisan Dermis) sedang berlaku.
Keadaan ini dapat dielakkan jika Beauty Consultant mengambil masa untuk
menerangkan kepada pelanggan tentang kesan-kesan yang mungkin dialami akibat
dari produk yang digunakan.

Namun bukan semua
orang akan mengalami kesan sebegini. Bagi mereka yang pernah menggunakan
bermacam-macam produk lebih dari 4 jenis produk sebelum ini, kemungkinan besar
kulit anda akan mengalami kesan sebegini. Begitu juga bagi mereka yang pernah
menggunakan produk pengelupasan, atau produk yang mempunyai hidrokuinon dan
merkuri. Walaupun produk tersebut telah digunakan 10 tahun yang lepas, namun
kesan kimia itu kekal mendap di dalam kulit.
Sebab itu, kenapa
jika lelaki yang menggunakan sebarang produk, jarang sekali mengalami masalah
jerawat bertambah banyak semasa dalam fasa rawatan, ini kerana lelaki biasanya
kurang menggunakan produk-produk kecantikan di luar sana. Mungkin paling banyak
pun 2 jenis pencuci muka sahaja yang pernah digunakan.
Pada pengalaman
saya, pelanggan akan faham dan meneruskan rawatan walaupun terdapat kesan
proses healing yang memang dijangkakan, jika mereka tahu dan faham apa
yang akan berlaku (what to expect). Perlu saya tekankan, jika rawatan anda memerlukan
pengambilan Supplement dan Treatment dalam Fasa Rawatan, anda perlu mengambil
Treatment sekurang-kurangnya 2 BULAN untuk melihat kesan Treatment tersebut.
![]() |
Supplement Pure Marine Collagen |
Jangan mengharapkan
perubahan dalam masa 1 bulan. Jika anda merasakan tidak sanggup melakukan
demikian, lebih baik anda hanya merawat dari luaran sahaja dan memberitahu Beauty
Consultant anda yang anda tidak sanggup melakukannya.
Bagi mereka yang konsisten
mengikut arahan Beauty Consultant, InsyaAllah, anda akan dapat melihat
perubahan dalam masa 2-3 bulan. Dari pengalaman saya, respon yang paling cepat
saya lihat adalah dalam masa 2 minggu dan yang paling lambat adalah 5 bulan.
Perlu diingat,
jangkamasa ini adalah hanya untuk mengawal jerawat yang aktif. Tempoh ini belum
termasuk rawatan parut jerawat.
Parut Jerawat |
Setelah tiada lagi
jerawat baru tumbuh dalam jangkamasa 2 bulan dan sebahagian besar parut jerawat
telah dirawat, maka anda sekarang boleh berpindah ke fasa kedua , iaitu Fasa
Pengawalan (Maintainance Phase). Secara ringkas, Fasa Rawatan boleh
mengambil masa 5-6 bulan. Agak lama, bukan? Tetapi sebenarnya tidak lama jika
dibandingkan dengan tempoh anda menghidapi masalah jerawat yang mungkin telah
mengambil masa 5-10 tahun.
Fasa Pengawalan
Fasa ini adalah
merupakan fasa dimana anda tidak lagi mempunyai jerawat yang aktif tumbuh
dengan banyaknya. Sebulan mungkin 1-2 jerawat sahaja yang muncul. Itu adalah
normal. Pada fasa ini, saya selalunya akan memberikan sistem penjagaan kulit
yang paling ringkas yang sesuai bagi anda kerana fasa ini memerlukan disiplin dan
kesanggupan yang luarbiasa.
Fasa pengawalan ini
akan berterusan selama bertahun-tahun. Oleh itu ianya perlulah seringkas yang
mungkin. Saya biasanya memastikan yang anda hanya akan menggunakan 2-3 langkah
untuk malam dan pagi. Mungkin anda boleh teruskan dengan penggunaan produk
Firming Cleanser, Refreshing Hydrating Lotion dan Sun Protection
SPF50 di waktu pagi dan produk Firming Cleanser, Essence Sebum Gel dan Stemcell Sleeping Gel atau Imoisturizer pada waktu malam. Anda juga perlu menggunakan Masker Muka sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
Tapi AWAS!
Walaupun ianya ringkas, pada fasa inilah pengguna selalunya GAGAL. Seperti yang
saya terangkan, ia memerlukan kesanggupan dan kesabaran serta disiplin yang padu
dan konsisten.
Kesimpulannya di
sini, jika anda ingin mendapatkan kulit idaman, perlulah sabar, rajin dan
konsisten dengan penggunaan produk dan perlulah kerap berhubung dengan Beauty Consultant
anda.
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.