Sunday, 16 March 2014

Pengambilan Vitamin C & Kesan Pada Kesihatan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia www.zarrazspecialist.com

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kepada anda segalanya mengenai Vitamin C. Kerana sejak kebelakangan ini pengeluaran Produk Vitamin C sangat banyak seperti cendawan tumbuh dan berlumba-lumba di pasaran.
Hari ini saya kongsikan kepada anda, bagaimana pengambilan Vitamin C yang sepatutnya.
kesan vitamin c, zarraz paramedical, vitamin c zarraz
  • Adakah Vitamin C perlu diambil setiap hari?
  • Adakah Injection Vitamin C perlu diambil setiap minggu?
  • Apakah kesan pengambilan Vitamin C yang berlebihan?
  • Benarkah Vitamin C mampu merawat masalah sendi dan rawan?
  • Benarkah Vitamin C yang disapu adalah lebih baik dari Vitamin C yang dimakan?
  • Apakah akibatnya jika badan kita kekurangan Vitamin C?

Semua itu akan saya rungkaikan sebentar lagi. Sila ikuti penulisan saya yang seterusnya dibawah ini.
Sebelum menjawab soala-soalan di atas, adalah lebih baik untuk kita tahu terlebih dahulu Apa sebenarnya Vitamin C itu, dari mana dan bagaimana ia berlaku.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Asid (ascorbates), Ascorbate free radical dan Dehyroascorbate.



Ketiga-tiga bentuk ini bertanggung jawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia, pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (anti-oksidan).

Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia.  Maksudnya ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan.

Vitamin C juga adalah Larut Air dan sangat mudah hilang dari tubuh manusia. Vitamin C automatik akan hilang atau disingkirkan dari badan anda apabila anda merokok, stress, demam, tidak cukup tidur, marah, muntah, mengandung dan sebagainya. Betapa begitu mudahnya Vitamin C ini disingkirkan hilang dari tubuh kita.

Apakah Fungsi Sebenar Vitamin C ini?
Vitamin C adalah sangat diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.


Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.


Antara fungsi Vitamin C yang lain adalah:-
  • Mencegah scurvy
  • Membantu sistem pertukaran hydrogen-ion
  • Anti-oksidant yg kuat
  • Melindungi anti-oksidant yg lain (vitamin E/A dan Essential Fatty Acids)
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Menukar folic asid kepada folinic acid
  • Anti cancer
  • Membentuk tyrosine (hormone tyroid)
  • Penjanaan proline & tryptophan bagi pembentukan kolagen.
  • Menyegerakan penyembuhan luka
  • Metabolism bagi cholesterol

Vitamin C juga merupakan penyokong utama kepada Vitamin-vitamin lain seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin E dan sebagainya. Pengambilan Vitamin-vitamin jenis ini tanpa adanya Vitamin C adalah tidak berhasil atau tidak berkesan sama sekali. Betapa pentingnya Vitamin C ini.

Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C Dalam Tubuh?
Vitamin C sangat penting bagi tubuh manusia dan jika kekurangan vitamin C maka sangat banyaklah akibatnya. Sebab nutrisi yang paling penting di dalam tubuh manusia salah satunya adalah vitamin C. 

Berikut merupakan kesan kekurangan Vitamin C dalam badan:-
  • Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.
  • Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).
  • Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds).
  • Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan.
  • Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi
  • Masalah penghadaman
  • Sukar mengawal stress
  • Selalu selsema, letih dan demam

Kulit menjadi lebam kebiruan

Jenis –jenis Vitamin C
Vitamin C boleh diperolehi dengan 4 kaedah iaitu:-
  • Sumber Makanan Semulajadi (Terutamanya buah-buahan citrus)
  • Dalam Bentuk Oral Supplement (Dimakan)
  • Dalam Bentuk Intravenous Supplement (Disuntik)
  • Topical Cream (Sapuan)

1. Sumber Makanan Semulajadi

Dari segi makanan semulajadi, Vitamin C boleh diperolehi dari sumber-sumber yang berikut:-
  1. Buah-buahan :  Limau, oren, lemon, jambu batu, nanas, kiwi, strawberry, cherry, tembikai.
  2. Sayur-sayuran :  kobis, bunga kobis, celery, parsley, asparagus, tomato, bayam.
  3. Bunga :  Rose
Vitamin C dari Sumber Semulajadi

2. Sumber Oral Supplement

Sumber Oral Supplement adalah daripada sumber makanan Vitamin yang telah diproses dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang perlu ditelah atau diminum.

Namun bukan semua orang sesuai dengan vitamin C yang dijual di kaunter.  Berhati-hatilah dalam memilih Vitamin C. Keberkesanan Vitamin C ini terpulang pada sistem pertahanan tubuh, aktiviti harian, pemakanan dan sebagainya.

Berikut merupakan Dos Vitamin C yang dicadangkan dalam pengambilan Oral Supplement ini.

Dos Vitamin C / Day
Untuk Kegunaan
20 mg
Mengelakkan Scurvy
140 mg
Bagi mereka yang merokok
500 mg
Bagi yang mempunyai masalah Reverse endothelial dysfunction
2 gm
Untuk mengatasi Tekanan darah rendah
4 gm
Bagi mereka yang mempunyai berat badan 70kg ke atas
6 gm
Saranan bagi pesakit tekanan darah tinggi
6 gm – 12 gm
Dos bagi orang yang sedia sihat
15 gm
Orang sihat yang mempunyai bowel tolerance yg baik
30 gm
Bagi pengidap demam selsema dan infeksi bakteria
60 gm
Untuk mereka yang selsema yang teruk
100 gm
Bagi pengidap Influenza
50 gm -100 gm
Untuk Cancer Therapy
2.5 gm - 10 gm
Dos yang disarankan oleh Linus Pauling

3. Sumber Intravenous Supplement

Vitamin C dari jenis ini adalah diperoleh dari sumber suntikan pada tubuh melalui salur darah atau urat kita.

Keperluan Vitamin C dalam bentuk ini penting bagi:-
  • Anti-viral therapy
  • Penyakit akut atau kronik
  • Orang-orang yang sudah tua dan penyerapan vitamin C melalui oral tidak berkesan.
  • Pesakit yg menghadapi inflamasi
  • Dos yang diberikan adalah 15-30g tertakluk kepada masalah kesihatan.

Vitamin C dari sumber ini adalah jauh lebih baik dari Sumber Oral Supplement. Pengambilan 12 kali Vitamin C Oral tidak mampu menandingi dengan sekali pengambilan Intravenous Supplement ini.


Kaedah ini adalah didigunakan bagi mereka yang mempunyai masalah dalam pengambilan Sumber Oral Supplement seperti yang berikut:-
  1. Masalah Pengambilan – Tidak mengambil secukupnya dari makanan kerana kurang selera, sakit mulut, kurang makanan atau kecelaruan peribadi.
  2. Masalah Penyerapan - Masalah di dalam perut - stomach acid, intestinal dysbiosis (masalah probiotik akibat ubatan, antibiotik dll), alergi.
  3. Masalah Penyimpanan – Akibat trauma, infeksi penyakit, surgeri, stress, mengandung, menyusukan anak atau penggunaan hormon perancang keluarga.
  4. Lebihan Pembuangan - Diuretik, dadah, fibroid atau menorraghia (Darah haid yg banyak).

4. Sumber Topical Cream

Vitamin C jenis ini adalah diperolehi dengan kaedah sapuan pada kulit. Biasanya Vitamin C jenis ini boleh didapati  dalam produk penjagaan kulit. Ianya Meliputi bahagian atas kulit (epidermis) dan penyerapan terhadap  bahagian kulit yang hidup (dermis) tertakluk kepada teknologi kosmetik.

Bagi tujuan kecantikan kulit,  adakalanya lebih baik dari Vitamin C Oral Supplement kerana terus kepada sasaran untuk membantu meningkatkan kolagen. Vitamin C jenis ini boleh bertahan selama 3 hari di dalam dermis.

Kesimpulannya, Penggunaan Vitamin C adalah sangat penting kepada semua orang, terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kerana sifat Vitamin C yang menyumbang kepada penyembuhan penyakit.
Untuk tujuan kosmetik, pemilihan produk adalah amat penting bagi menjamin penyerapan vitamin C di dalam kulit.

Jadi berbalik kepada beberapa soalan yang saya nyatakan di atas, mungkin anda telah perolehi jawapannya dalam setiap huraian Vitamin C yang saya nyatakan tadi. Namun saya ringkaskan sekali lagi.

Adakah Vitamin C perlu diambil setiap hari?
Ye betul. Pengambilan Vitamin C adalah sangat perlu untuk diambil setiap hari terutama jika dari sumber Makanan Semulajadi kerana tubuh kita sangat memerlukan Vitamin C untuk kesihatan dan sumber tenaga.

Adakah Suntikan Vitamin C perlu diambil setiap minggu?
Vitamin C dari sumber suntikan tidaklah perlu diambil setiap minggu, namun ramai orang di luar sana yang mengamalkan suntikan Vitamin C setiap minggu kerana Vitamin C yang disuntik akan berkurangan selepas seminggu, dan apabila Vitamin C tersebut mulai berkurangan, kulit anda akan kelihatan berkedut, kusam dan tidak secantik atau segebu pada ketika anda mengambil suntikan Vitamin C.

Itulah sebabnya kenapa mereka perlu mengambilnya setiap minggu.

Namun cara pengambilan ini boleh menyebabkan pengguna menjadi trauma, kerana satu ketika nanti mereka akan menjadi takut dengan jarum akibat terlalu kerap pengambilan suntikan sehingga boleh berlaku pembengkakan pada saluran urat.

Benarkah Vitamin C yang disapu adalah lebih baik dari Vitamin C yang dimakan?
Ianya bergantung kepada tujuan sebenar pengambilan Vitamin C tersebut. Jika pengambilan tersebut hanya untuk mencantikkan kulit, misalnya nak pudarkan parut, adalah lebih baik untuk ambil Vitamin C jenis sapuan kerana vitamin C jenis ini boleh bertahan selama 3 hari di dalam dermis. Manaka Vitamin Oral tidak boleh bertahan selama sehari.

Apakah kesan pengambilan Vitamin C yang berlebihan?
Sebenarnya tidak ada kesan sampingan berlaku jika anda mengambil Vitamin C yang berlebihan. Contohnya jika tubuh anda sepatutnya hanya perlukan 500mg Vitamin C sehari dan anda mengambil Vitamin C sebanyak 1000mg, hanya 500mg Vitamin C sahaja yang akan diserap oleh tubuh anda. Dan selebihnya 500mg lagi akan disingkirkan melalui pembuangan air kencing. Jadi adalah tidak menjadi masalah jika anda mengambil Vitamin C berlebihan. Cuma berlakunya pembaziran.

Benarkah Vitamin C mampu merawat masalah Sendi dan Rawan?
Vitamin C bukanlah rawatan utama untuk masalah ini, namun masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan Collagen. Dan Vitamin C pula sangat diperlukan dalam tubuh untuk penghasilan dan penguraian  collagen, dan komponen penting pada pembuluh darah, tendon, ligament serta tulang. Oleh itu, setiap colagen perlu diambil bersama Vitamin C.

Dan setakat ini, collagen yang terbaik adalah Pure Marine Collagen Zarraz kerana ianya diproses dan digabungkan bersama Vitamin C. Para doctor pakar dan pharmaceutical juga mengatakan bahawa Pure Marine Collagen ini adalah Collagen yang sangat tinggi kualitnya.

Beauty is Responsibility

44 comments:

  1. Gud Sharing. Jom singgah blog saya shahhaslinda.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesapa yang memerlukan khidmat injection, boleh whatsapp 0149696864 utk info.

      Delete
    2. Adik ashraf duk area mana? Sy nk dptkn khidmat injection

      Delete
  2. INJECTION VITAMIN C, SERVICE AREA MELAKA!! WAZZUP ME 0122787024 . WAZZUP ONLY 0122787024 . OR EMAIL beautyservicejab@gmail.com .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka dekat mana ye ? sebab berminat untuk injection vitamin c . 0129404639 wassap

      Delete
    2. Melaka dekat mana ye ? sebab berminat untuk injection vitamin c . 0129404639 wassap

      Delete
  3. Byk maklumat yg sy terima drp share ni.. TQ for sharing..

    Jom blogwalking ke page sy lak : http://supplement4love.blogspot.sg/

    ReplyDelete
  4. Nice sharing. Lebih suka telan vit c dlm bentuk tablet dari injection. Takut. huhuu..

    JommSihatDanCantik -> DONT WORRY BE HAPPY

    ReplyDelete
  5. Hai. Saya jual Vitamin C Powder. Boleh di buat minum, masker, scrub, rendaman kaki, cuci muka dan macam2 lagi. Utk info korang boleh follow instagram sy (eylalaura)
    Ratusan testimoni berjaya dah kami terima 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. 01132326145 pls wassap sy..berminat

      Delete
    2. 01132326145 pls wassap sy..berminat

      Delete
  6. Good sharing, Blackmores Collagen 10,000mg which is enhanced with Grape Seed Extract and Vitamin E for complete skin rejuvenation in just six to 12 weeks. If your collagen breakdown in your skin is much faster and at a higher rate than what your body is manufacturing and the amount you are taking via collagen drinks/ supplements, you may need a longer time to see the benefits of collagen. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/blackmores-introduces-collagen-10000mg-to-fight-the-effects-of-stress-and-maturing-hormones/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye sya ad provide injection servis area k.l l,rwang dan sekutu dengannya

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Boleh tahu tak anggaran kesan injection tu dlm brpa lama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgok cara pengambilan..kalau pakai seminggu sekali mungkin amek masa lama..dalam due bulan..

      Delete
  8. Hi. Saya mahu mencuba vit c. Adakah kalau saya berhenti makan vit c berat badan akan naik?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..salam sjahtera uolss
    Kami Menyediakn perkhidmatan Injection VITAMIN C secara door to door area taiping perak... kami akan ajar anda dr step by step..dunt wory kami akan bimbing anda sehingga anda berpuas hati!

    pm/whtsapp kami 012-2243490 dila/ 014-5160280

    http://dyronzcareline.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. Sy sejak buat injection nie bdan sy rse lemah... adakh kesan dri injection

    ReplyDelete
  11. Sy sejak buat injection nie bdan sy rse lemah... adakh kesan dri injection

    ReplyDelete
  12. Apa kesan penggunaan vc ni pada ibu menyusu ye?

    ReplyDelete
  13. Hi sy juga ambil sunyikan vit c dan biat service injection dan dripping juga...area utara...perak.main..0174288014 utk keterangan lanjut wasap vee ok....

    ReplyDelete
  14. Siapa siapa yg ingin sercice INJECTION AREA KUALA TERENGGANU boleh call atau wasap 0145223342/0179704722..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa utk drip dan inject..kwasan mana??

      Delete
    2. Berapa utk drip dan inject..kwasan mana??

      Delete
  15. salam...kat mana sy nak dapat kan GNC vit c cream tu yer..pliss...

    ReplyDelete
  16. salam...kat mana sy nak dapat kan GNC vit c cream tu yer..pliss...

    ReplyDelete
  17. salam...kat mana sy nak dapat kan GNC vit c cream tu yer..pliss...01132326145...wassap sy

    ReplyDelete
  18. salam...kat mana sy nak dapat kan GNC vit c cream tu yer..pliss...01132326145...wassap sy

    ReplyDelete
  19. thanks for ur sharing..saya sendiri ambil suntikan vit c dan mempunyai beauty spa yg turut menyediakan servis injection & dripp..area miri- blh wsp:013-8644007

    ReplyDelete
  20. thanks for ur sharing..saya sendiri ambil suntikan vit c dan mempunyai beauty spa yg turut menyediakan servis injection & dripp..area miri- blh wsp:013-8644007

    ReplyDelete
    Replies
    1. erna, boleh saya tahu bagaimana awak mendapatkan khidmat untuk servis vit c?

      Delete
  21. thanks for ur sharing. saya sendiri pon ambil vit c secara intravena. tapi saya nak Tanya, bolehkah seseorang ibu mengandung mengambil vit c secara intravena?

    ReplyDelete
  22. Sy ingin suntik..dlm berapa lama untk dpt kesan yer..apa pantang2 dia..

    ReplyDelete
  23. Berapa sy perlu buat suntikan utk mendapat kecerahan yg memuas kn.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Saya wanita hamil..ada kesan ka kalau saya sapu vit c ampoules terus ke wajah Dan seluruh tubuh tp campur ke dalam lotion....

    ReplyDelete
  26. saya memang pengamal vitamin C 1000 mg secara oral sejak dulu lagi. Alhamdulillah membantu sangat. Thank u untuk sharing ini

    ReplyDelete

Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.

Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.

Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.