Pembentukan jerawat
yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun
begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan
kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu
dilakukan.
Berikut merupakan amalan penjagaan wajah yang disyorkan untuk
mengelakkan pembentukan jerawat pada wajah.
Lakukan pencucian
muka dua kali sehari dengan jenis pencuci muka yang bertekstur lembut dan
membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang
tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu
pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari
ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan
menggunakan pencuci muka.
Tetapi perlu
diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan
kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah
suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan
keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara
urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
Penggunaan pencuci
wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit.
Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang
tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta
sel kulit mati.

Namun perlu
ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali
seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah
dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari.
Penggunaan pencuci
wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit
khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai
butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
Mencuci kulit
dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan
mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun
dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda sama ada lelaki ataupun perempuan
adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda
mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan
kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
Kulit kekal lembab dan sihat |
Anda juga adalah
dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang
bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada
kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar
dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Memicit kulit
yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan
memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
Sebanyak mana yang
boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya
matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena
cahaya matahari secara berterusan.
Elakkan tertedah kepada cahaya matahari secara Berterusan |
Walaupun anda terdedah dengan cahaya
matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang
sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam
sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA
kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga
mampu menyebabkan kanser kulit.
Bagi mencegah dari
masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk
memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis SPF10,
SPF15, SPF25, SPF50 dan sebagainya. Namun untuk keadaan cuaca ketika ini, di
Malaysia khasnya yang terlalu panas, adalah lebih baik untuk menggunakan
pelindung sinaran UV dari jenis SPF50.
![]() |
Sun Protection SPF50 yang terbaik |
Perkara ini penting
bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin
oleh sel melanosit dan peyerapan UVB ke dalam sel basal melanogenesis yang
mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada
penyakit kanser.
Pemakain pelembab
dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada
di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu
mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang
akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik.
Penggunaan Sun
Protection bukan hanya perlu digunakan ketika di luar rumah sahaja, namun perlu
juga digunakan semasa berada di dalam rumah.
Anda juga amat
disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan
aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
Janganlah selalu
menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia
mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
Elakkan Penggunaan Bedak Padat Ini |
Elakkan mengguna
bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam
bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus
peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat
anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan
bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral
mekap.
Diet
kesihatan kulit
Kulit biasanya
mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana faktor pemakanan juga mampu
menjadi penyebab kepada masalah kulit.
Pengambilan air
yang secukupnya dalam diet sangat digalakkan kerana ia membantu menyah toksin
dari tubuh.
Pastikan pemakanan
anda tidak bergoreng,berminyak dan pedas kerana boleh menyebabkan jerawat
tumbuh lebih mudah.
Nak kulit cantik
berseri macam gambar di bawah ni? Gunalah Produk Zarraz Paramedical. Selamat,
Halal, Suci dan sangat berkesan.

Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.