Friday, 11 April 2014

RISIKO TINGGI MEMBELI PRODUK JALANAN


Kosmetik didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.

lambakan kosmetik, produk kosmetik selamat

Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan

badan berada dalam keadaan baik. Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungaannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.

Pembelian produk-produk kecantikan di jalanan sememangnya perlu dihentikan! Ia kebanyakkannya diimport dari Negara jiran dan tidak berdaftar. Oleh itu adalah sukar untuk mengawal bahan yang digunakan dan kesan sampingan kepada pengguna. Antara bahan kimia bahaya yang boleh ditemui dalam produk jalanan ialah raksa/merkuri, hidrokuinon dan plumbum.

produk jalanan berkesan, produk kecantikan dari filipina

Bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya ternyata mudah mengundang petaka pada diri. Selain raksa dan plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun turut digunakan. Bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang ada yang sebenarnya amat menakutkan kita.

Kandungan raksa di dalam produk tertentu didapati melebihi dua peratus, manakala hidrokuinon yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.05 peratus daripada bahagian per sejuta. Contohnya, hidrokuinon ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit.

Masalah label kandungan pada produk kecantikan juga semakin menjadi-jadi di Negara kita. Lihat saja di facebook, banyak produk kecantikan wajah yang dijual, semuanya menawarkan pemutihan yang sangat sekejap, dalam seminggu sudah ada perubahan.

Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga rendah’. Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Mungkin kerana terlepas pandang sebab terlalu banyak produk kecantikan yang muncul pada masa kini.
lambakan produk kecantikan, cara memilih produk terbaik
Lambakan Produk di Pasaran

Peliknya, produk ini mendapat sambutan yang begitu hangat di kalangan wanita-wanita Malaysia.

Kandungannya belum tentu selamat dan cara pemprosesannya turut diragui. Iniah yang menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya dan sering bertukar-tukar produk. Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.

Mimpi Ngeri’ yang boleh dialami oleh pengguna yang degil menggunakannya ialah muka, pipi dan bibir menjadi bengkak. Kulit juga boleh mengelupas dan menipis hanya selepas beberapa hari. Lebih teruk lagi kesan terbakar boleh dilihat dan kesannya boleh menjadi kekal. Harganya juga jauh berbeza. Berbanding produk berkualiti, produk jalanan boleh dibeli dengan harga paling rendah iaitu antara RM10-RM60.

kesan penggunaan produk pengelupasan, kesan produk pengelupasan, produk untuk jeragat
Kesan Penggunaan Produk yang Mengandungi Hidrokuinon dan Merkuri

Membaca semua informasi ini seharusnya mencetuskan rasa gerun. Jangan terlalu obsess untuk cantik sehingga sanggup menutup mata akan perkara-perkara sebegini. Kedengaran mungkin perkara kecil tetapi impak yang boleh disebabkan olehnya dibawa SEPANJANG HAYAT. Jadi bukan mata, buka minda untuk memikirkan apa yang terbaik. Cantik itu tidak salah asalakan kena caranya.

Sebab itulah kami di Zarraz Paramedical menghasilkan produk yang bukan sahaja diperbuat dari 100% tanpa bahan kimia dan bermutu tinggi, malah produk Zarraz Paramedical telah dijalankan R & D selama 4 tahun sebelum dipasarkan. Selain itu, terdapat 2 doktor pakar dan 1 pharmacist di belakang tadbir yang bertanggunjawab menghasilkan produk ini terbaik ini.

Nak order Produk Zarraz Paramedical? KLIK SINI>>>

Beauty is Responsibility

0 comments:

Post a Comment

Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.

Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.

Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.