Salam semua... Bermula hari ini Blog
Zarraz Specialist ini akan diisi dengan ilmu-ilmu kesihatan yang sangat memberi
manfaat pada semua pembaca. Ilmu kesihatan ini adalah perkongsian dari Doktor
Suraya Ariffin. Merupakan Doktor Pakar yang berada di belakang tadbir dalam
pengeluaran produk-produk Zarraz Paramedical.
![]() |
Doktor Suraya bersama Beautician Rasmi Zarraz Paramedical |
Sebab itulah kenapa produk Zarraz
Paramedical sangat berkesan secara klinikal dan tidak mengandungi sebarang
bahan terlarang kerana tedapat beberapa
Hari ini saya kongsikan kepada anda
tentang Sel Nukleus Manusia.
Sel Nukleus Manusia.. Lihatlah di
tengah-tengah itu ada kromosom berbentuk X dan Y.

Pada asalnya, manusia dibentuk Cuma dari
satu sel sahaja. Namun ianya membahagi kepada dua. Bagaimanakah sel ini membahagi? Sudah tentu melalui kromosom.
Kromosom itu
membahagi dengan cara menduplikasi DNA di hujungnya. Siapa pernah lihat ekor cicak
yang terputus? Hujung ekor cicak terputus dan kemudian boleh bersambung
kembali. Tetapi hujung kromosom itu kita namakannya TELOMERE.
Telomere inilah
yang menduplikasi dan menjadi sel baru. Jadi semakin lama, kromosom menjadi
semakin pendek kerana telomere ini asyik putus seperti ekor cicak tadi, untuk
menjadi sel yang baru. Sayangnya kromosom tidak boleh disambung sepertimana
ekor cicak. Semakin banyak kali kromosom ini membahagi, ia akan menjadi semakin
pendek. Akhirnya selesailah tugas satu kromosom itu, dan ianya mati. Semakin
banyak kromosom yang sudah selesai tugasnya itu menemui ajal, bakinya cuma
sedikit dan manusia juga akhirnya akan tua dan mati.
Bagaimana pula dengan hormon? HORMON adalah yang tugasnya menggerakkan DNA ini. Ya, seperti Telomere, Hormon juga semakin lama semakin berkurangan. Tetapi kedua-dua masalah yang asas ini masih dapat kita bantu jika kita tahu caranya. Sejauh ini, saintis cuma dapat mengenalpasti bagaimanakah manusia dapat menambahkan Hormon yang hilang melalui bantuan makanan, senaman dan tambahan hormon secara sintetik dan juga bio-hormon.
Bagaimana pula dengan hormon? HORMON adalah yang tugasnya menggerakkan DNA ini. Ya, seperti Telomere, Hormon juga semakin lama semakin berkurangan. Tetapi kedua-dua masalah yang asas ini masih dapat kita bantu jika kita tahu caranya. Sejauh ini, saintis cuma dapat mengenalpasti bagaimanakah manusia dapat menambahkan Hormon yang hilang melalui bantuan makanan, senaman dan tambahan hormon secara sintetik dan juga bio-hormon.
Tetapi masalah
Telomere yang semakin pendek itu, masih sukar ditemui jalannya, meskipun
saintis sudah menemukan sejenis kimia di tubuh manusia yang dipanggil
Telomerase. Kedua-dua masalah ini menunjukkan bahawa TUA bermula dari SEL.
Seorang yang berusia 15 tahun pun, jika dia mempunyai masalah genetic (Hormon
& Telomere), dia dianggap sudah tua secara biologi.
![]() |
Tolemere menjadi semakin pendek |
Okay, sekarang
mungkin ada yang sudah faham sedikit tentang perkara yang dibincangkan.
Sekarang mari kita lihat apakah sebab-sebab lain yang menyebabkan masalah
penuaan.
Sains mendapati masalah penuaan adalah disebabkan oleh :-
GENETIK – 20%
GAYA HIDUP – 20%
TOKSIN – 60%.
Tadi kita sudah
sentuh sedikit tentang masalah genetic. Secara ringkasnya manusia akan menjadi
tua dan mati kerana setiap selnya juga mempunyai jangka hayat. Bila sel-sel
tidak mahu hidup lagi, yang empunya badan juga akan mati. Jangan gusar,
penyelesaiannya akan dibincangkan satu persatu esok atau lusa. Pastikan anda
mengikuti perkembangan semasa blog ini untuk mengelakkan anda terlepas dari
segala maklumat yang saya kongsikan nanti.
Ingatlah, setiap
yang bernyawa itu pasti mati. Itu hukum Tuhan. Allah Maha Mengetahui. Namun
penting untuk kita mengenal tubuh kita.
Okay, tinggalkan soal genetic tadi. Apakah pula yang dimaksudkan dengan gaya hidup? Manusia tanpa sedar memudaratkan usianya dengan gaya hidup yang songsang. Pola makanan yang tidak sihat, tidak cukup tidur kerana suka berjaga malam dengan pelbagai yang mengasyikkan atau masalah lain, sentiasa berada di dalam keadaan emosi yang tertekan serta lebih suka duduk di kerusi empok 12 jam sehari daripada mengeluarkan peluh.
Saya meminjam
akronim yang digunakan oleh seorang pakar immunologi Dr. Jau Fei Chen, seorang
saintis berbangsa cina yang tinggal dan berkhidmat di Amerika. Beliau
menggunakan akronim SEED untuk mengingatkan bagaimana tubuh perlu dijaga.
S – Sleep
(Tidur)
E – Exercise
(Senaman)
E – Emotional
Stabiliti (Kestabilan Emosi)
D – Diet (Pola
makanan kita).

Tanpa empat
perkara ini, manusia akan mengalami terlalu banyak masalah. Semua jalan
penyelesaian akan kita bincangkan nanti. Pastikan anda tidak ketinggalkan ye.
Jangan lupa untuk subscribe blog ini untuk anda mendapatkan info dari masa ke
masa.
60% TOKSIN? Aduhai…tapi itulah kebenaran yang harus kita akui. 60% daripada perkara yang membuatkan manusia tua adalah toksin. Toksin ada di mana-mana, termasuklah di dalam proses metabolism tubuh manusia sekalipun. Itu toksin dalaman. Bagaimana dengan toksin di luar? Kita menghidu toksin, kita minum benda bertoksin, kita makan hasil toksin, kita tidur dalam suasa penuh toksin. Jadi bagaimana cara nak hilangkan toksin tersebut? Cadangan saya, anda gunakan Pure Marine Collagen pun boleh.
60% TOKSIN? Aduhai…tapi itulah kebenaran yang harus kita akui. 60% daripada perkara yang membuatkan manusia tua adalah toksin. Toksin ada di mana-mana, termasuklah di dalam proses metabolism tubuh manusia sekalipun. Itu toksin dalaman. Bagaimana dengan toksin di luar? Kita menghidu toksin, kita minum benda bertoksin, kita makan hasil toksin, kita tidur dalam suasa penuh toksin. Jadi bagaimana cara nak hilangkan toksin tersebut? Cadangan saya, anda gunakan Pure Marine Collagen pun boleh.
Okey, kita berhenti sampai di sini sahaja perkongsian ilmu untuk kali ini.
Diharap agar anda mendapat ilmu baru hasil dari perkongsian ini. Jangan lupa
ikuti perkongsian ilmu saya yang akan datang ye. Saya akan kupas satu persatu
mengenai Tubuh Manusia dan Kesihatan nanti.
Beauty is
Responsibility
0 comments:
Post a Comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.