Tuesday, 16 December 2014

10 Cara Atasi Jerawat Paling Jimat Kos & Berkesan

Masalah Jerawat adalah salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh remaja kerana perubahan hormon dalam tubuh badan mereka. 


Punca kulit jerawat bermula apabila bintik hitam yang terdapat pada wajah dipenuhi dengan minyak, kotoran dan juga sel kulit mati lalu terperangkap 
dalam liang pori kulit wajah anda. 

Masalah kulit ini akan sentiasa berulang sepanjang hidup , tetapi melalui  penggunaan bahan semula jadi anti-jerawat mampu merawat masalah jerawat. 


1. Tips Rawat Jerawat: Basuh muka dengan Pencuci Muka  
Ianya penting untuk anda memastikan bahagian muka dan leher anda bersih daripada segala kotoran. Anda boleh menggunakan pencuci yang lembut dan tidak mengeringkan kulit bagi membersihkan muka anda seperti Calming Cleansing Milk. Pastikan anda membasuh muka sekurang-kurang tiga kali sehari, lebih-lebih lagi selepas rutin senaman. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, anda digalakkan mencuci rambut anda setiap hari bagi mengelakkan pengumpulan minyak di bahagian muka yang akan mengakibatkan jerawat. 

2.  Makan Buah Ubat Jerawat: Anggur 
Amalkan pengambilan buah anggur dalam diet harian anda kerana ia kaya dengan sumber vitamin C dan mampu membantu mengurangkan kekerapan berlakunya jerawat. Malah jika anda melihat jerawat yang baru timbul, anda boleh memotong buah anggur dan letakkan pada bahagian tersebut selama beberapa minit agar jus anggur itu menyerap. 

3. Krim Jerawat Mujarab: Ubat gigi 

Ubat gigi adalah antara bahan yang paling mudah didapati di rumah dan juga merawat jerawat. Ubat gigi putih herbal adalah pilihan yang ideal kerana kandungan bahan dalam ubat gigi mampu mengeringkan jerawat. Letakkan sedikit ubat gigi di bahagian tersebut dan biarkan semalaman. Anda boleh membasuh menggunakan air sejuk keesokan harinya.  



4. Detox Kulit Jerawat: Timun 
Timun adalah sejenis sayuran yang menyejukkan kulit dan juga efektif dalam merawat jerawat. Anda boleh kisarkan timun tersebut bagi mendapatkan jusnya, lalu dicampurkan dengan yogurt serta secubit serbuk kunyit. Letakkan pada jerawat tersebut dan biarkan selama satu jam. Anda boleh mengamalkan prosedur ini selang dua atau tiga hari.

5. Air Jus Rawat Jerawat: Jus lemon 
Jus lemon mempunyai bahan asidik yang membantu membersihkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori, sekaligus mengurangkan penghasilan sebum. Apa yang anda perlu lakukan adalah potong buah lemon dan letakkan bahagian berjus pada kawasan jerawat. Biarkan selama satu jam dan bersihkan menggunakan air sejuk. 

6. Krim Murah Anti-jerawat: Madu 

Letakkan madu di kawasan jerawat selama 30 hingga 45 minit dan basuh menggunakan air sejuk. Jangan kedekut untuk menggunakan banyak madu di atas muka anda kerana ia mampu menghilangkan jerawat anda lebih-lebih lagi jika diamalkan dua atau tiga hari berturut-turut.


7. Detox Kulit Jerawat: Kulit buah oren 
Seperti diketahui, buah oren sememangnya kaya dengan sumber vitamin C serta kandungan asid. Apa yang anda perlu lakukan anda keringkan kulit buah oren di bawah cahaya matahari, lalu hancurkannya agar menjadi serbuk halus. Masukkan sedikit air agar ia menjadi pes dan letak di kawasan jerawat itu, lalu dibiarkan sehingga kering. Amalkan dua kali sehari agar bebas jerawat! 

8. Plaster Anti-Jerawat: Pes Kayu Manis & Madu 

Campurkan serbuk kayu manis dan madu sehingga ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat dan biarkan selama 20 minit atau semalam. Amalkan selalu untuk dua atau tiga hari berturut-turut. 


9. Antiseptic Bakteria Bunuh Jerawat: Kunyit 

Kunyit mampu menghalang jangkitan pada kulit kerana ia mengandungi anti bakteria atau anti septik. Campurkan satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu madu, lalu digaulkan agar ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat selama 20 hingga 30 minit dan bersihkan menggunakan air sejuk.



10. Antioksida Kulit Jerawat: Bawang putih 
Baunya mungkin kurang menyenangkan, tetapi hancurkan bawang putih lalu diletakkan di bahagian jerawat tersebut selama beberapa minit. Amalkan tiga kali sehari selama dua hari berturut-turut untuk melihat keberkesannya. 


Namun demikian, jangan keluar dari rumah jika anda tidak menggunakan Krim Sun Protection SP50 kerana tanpa krim ini, wajah anda akan terdedah dengan UVA & UVB serta Radikal Bebas di udara yang menjadi punca utama pembentukan Jerawat pada wajah anda.

Beauty is Responsibility

0 comments:

Post a Comment

Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.

Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.

Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.