
Tulang adalah struktur terpenting yang memberi
bentuk kepada badan kita. Tulang terbahagi kepada 2 jenis iaitu tulang Kortikal & Trabekular.
1) Tulang Kortikal adalah tulang mampat yang membentuk lapisan luar (80% jisim tulang rangka). Ia teguh dan tidak mudah dilentur atau patah.
2) Tulang Trabekular adalah tulang yang terletak di dalam bahan dalam tulang, berongga spt span yg ada hubungkait dgn darah. Di sinilah letaknya sum-sum tulang yg menghasilkan sel darah (20% jisim tulang). Ia kurang tumpat, lebih elastik & kadar penggantian yg tinggi berbanding tulang kortikal.
Tulang menyimpan 99% kalsium dalam badan dan 1% dalam aliran darah. Proses pemendakan mineral tulang biasanya berlaku pada akhir remaja. Kita akan mengalami kehilangan tulang pada kadar 0.3% hingga 0.5% setahun mengikut pertambahan usia.
Kadar kehilang tulang paling cepat berlaku iaitu 3% - 5% pada 5 – 7 tahun pertama selepas menapous. Jika tiada kawalan diambil, seseorang itu akan terdedah kepada risiko osteoporosis (keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh).

Semakin anda semua menggunakan tulang, semakin
tulang anda menjadi bagus. Ini sama saja dengan otot-otot kita akan akan
menjadi semakin pejal apabila terus digunakan. Dengan itu, nasihat saya... Jangan
berat tulang! Orang malas selalu rugi.
Inginkan wajah
bebas tanpa Jerawat dan Sihat Semulajadi? KLIK SINI>>
Beauty is Responsibility
Penting untuk kita jaga Tulang ni kan.
ReplyDelete