Assalamualaikum dan
Salam Kecantikan kepada semua pembaca setia blog Zarraz Specialist ini.
Hari ini ingin saya
kongsikan lagi tajuk mengenai kesihatan kulit iaitu Masalah Jerawat Bernanah.
Dan saya percaya masalah ini adalah masalah yang dilalui ramai individu
terutama bagi mereka yang baru meningkat dewasa.

Malah saya sering
diajukan soalan yang hampir sama dari beberapa individu seperti soalan yang
berikut;-
Soalan:-
Saya seorang wanita
berusia 24 tahun. Sebelum ini kulit muka saya tidak mempunyai sebarang masalah.
Saya menggunakan produk xxxxxx selama 5 tahun, namun selepas saya mengetahui
produk tersebut mempunyai kandungan bahan kimia Hidrokuinon, saya berhenti
menggunakan produk tersebut dan bertukar ke produk yyyyyy.
Namun selepas 3 bulan
menggunakan produk yyyyy ini, wajah saya mula ditumbuhi jerawat dan bernanah.
Semakin hari saya semakin risau tambahan lagi saya bakal melangsungkan
perkahwinan 7 bulan dari sekarang. Apakah yang patut saya lakukan. Bolehkah
masalah saya ini boleh diatasi dan mendapat kulit idaman sebelum tarikh
perkahwinan saya ini? Tolong bantu saya sebab saya semakin buntu mencari jalan
penyelesaikan Masalah Jerawat Bernanah ini.
Jawapan:-
Untuk pengetahuan,
kulit yang telah menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan kimia
Hidrokuinon adalah dikategorikan dalam masalah kulit sensitif. Untuk masalah
ini, anda boleh gunakan 4 item produk zarraz iaitu Calming Cleansing Milk,
Calming Cleanser Rose, Sun Protection SPF50 for Acne & Sensitive Skin dan
produk keempat adalah sama ada Essence Sebum Gel (jika kulit berminyak seluruh
wajah), Imoisturizer (jika kulit kering) atau Refreshing Hydrating Lotion (jika
kulit kombinasi).
![]() |
Produk Zarraz Paramedical |
Pertama sekali,
sebelum produk Zarraz Paramedical ini sampai ke tangan anda, sila berhenti menggunakan
semua produk yang anda gunakan sekarang ini termasuklah sebarang pencuci muka,
krim mahupun make up. Biarkan wajah bebas dari sebarang pencuci mahupun krim
muka. Tak lama pun tak pakai apa-apa produk, dalam 2 atau 3 hari je.
Kemudian, setelah
anda mendapat produk Zarraz ini, ikuti langkah-langkah yang saya berikan ini.
1. Untuk satu minggu
yang pertama, sila gunakan 2 item produk sahaja iaitu, Calming Cleansing Milk
& Sun Protection SPF50 sahaja.
2. Semasa mencuci
muka, JANGAN gunakan air suam atau air heater. Adalah lebih baik jika anda
boleh gunakan air mineral untuk mencuci muka. Jika tidak, gunakan sahaja air
paip biasa. Jangan sekali kali gunakan air suam ye.
3. Kemudian, gosoklah
muka anda secara lembut dan perlahan-lahan. Jangan sekali kali menggosok muka
anda dengan kasar.
Harus diingat bahawa
kulit yang pernah menggunakan produk yang mengandungi bahan Hidrokuino adalah
nipis dan mudah cedera.
4. Gunakan tuala yang
lembut untuk mengelap wajah anda. Jangan gunakan tuala yang kasar sebab tekstur
kain yang kasar boleh mencederakan kulit wajah anda.
5. Kemudian sapukan
Sun Protection SPF50 di seluruh wajah anda secara lembut dan perlahan-lahan.
6. Gunakan 2 item
produk ini selama 7 hari atau sehingga jerawat anda telah suruh dan tidak lagi
kemerahan.
7. Sesudah seminggu,
gunakan pula produk yang lain untuk merawat jerawat anda sehingga pulih.
Jangan risau, produk
Zarraz adalah sangat berkesan merawat masalah jerawat. Cuma anda perlu rajin, sabar
dan konsisten untuk menggunakan produk ini setiap hari.
8. Buatlah facial
sekali atau dua kali sebulan. Ini kerana, hanya dengan facial sahaja kotoran
yang termendap pada kulit anda boleh disingkirkan.
Produk skincare yang
anda gunakan itu hanya mampu merawat atau mencantikkan kulit tapi tidak mampu
membuang segala kotoran, nanah atau akar-akar jerawat degil yang termendap pada
kulit anda.
PANTANG
LARANG
Dalam proses merawat
masalah jerawat, ELAKKAN @ adalah DILARANG sama sekali untuk melihat cermin
dengan kerap. Memadailah hanya tengok cermin sekali atau dua kali sahaja dalam
sehari. Ini kerana, semakin kerap anda melihat cermin, semakin stresslah anda
apabila melihat muka berjerawat di depan cermin.
![]() |
Elakkan melihat cermin dengan kerap |
Jadi semakin anda
stress, maka semakin sukar untuk anda merawat masalah anda kerana stress juga
merupakan salah satu punca penyebabnya jerawat.
Anda sepatutnya
bertindak dari sekarang memandangkan anda akan berkahwin 7 bulan lagi. Lazimnya
jerawat bernanah inni mengambil masa 3 bulan untuk dirawat. Dan untuk hilangkan
parut atau bekas jerawat pula akan ambil masa antara 3 atau 4 bulan lagi.
Ceriakan hari persandinganmu dengan Produk Zarraz Paramedical. Anda pasti boleh
ye.
Assalammualaikum .
ReplyDeleteBetul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
Jerawat yang kronik dan serius boleh mengurangkan keyakinan diri kita.Baca Tips Mengatasi Masalah Jerawat Berdasarkan Pengalaman Penulis Ini Sendiri. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .
Saya suka dengan saranan jangan pandan cermin dengan kerap. Hihi walau bunyi macam kelakar tapi memang ada benarnya tu :)
ReplyDeleteMasalah jerawat apalagi bernanah macam ni memang akan membantutkan keyakinan diri. Memang sewajarnya diatasi segera :)
ReplyDelete