Jeragat atau nama
medikalnya Melasma adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi
kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain
menjejaskan penampilan dan keyakinan diri.
![]() |
Masalah Melasma |
Jeragat juga dikenali
sebagai tompok hitam, pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat
yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Namun
dengan teknologi dunia kecantikan, masalah jeragat kini boleh diatasi.
Apa Itu Jeragat
Jeragat tergolong
kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam yang leper di dalam lapisan
kulit dan biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit. Masalah pigmentasi adalah
seperti melasma, freckles atau solar lentigenes.
Masalah biji atau
ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul
seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin
tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh
pada leher muka dan celah ketiak.

Walaupun jeragat
tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan
kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau
perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut
mampu menyebabkan kesan luka,berdarah dan bernanah pada kawasan yang
bermasalah.
Faktor Penyebab
Terjadinya Jeragat
Ada beberapa faktor
yang boleh menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat. Antaranya kesan matahari dan
faktor genetik. Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga boleh menyebabkan
berlakunya masalah jeragat pada kulit wajah.
Selain pengambilan
pil perancang, masalah jeragat juga boleh berlaku pada kaum wanita apabila
mereka mengambil ubat-ubatan seperti amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic
sepertiminocydine dan lain-lain-lagi.

Kebiasaannya jeragat
menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak
mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat
juga berpunca daripada faktor genetik, penggunaan pil hormone (Pil Perancang)
dan juga penggunaan kosmetik. Bagi wanita yang sering terdedah dengan
cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat adalah tinggi.
Masalah jeragat boleh
juga disebabkan oleh kesan penggunaan alat mekap yang tidak berkualiti dan
bermutu rendah. Di samping itu jeragat boleh juga terjadi disebabkan oleh
masalah pada limpa.
Jenis Rawatan
RAWATAN MODEN
Jeragat boleh dirawat
sama ada menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal
melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis
jeragat.
Bagi jeragat timbul
seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag,
rawatan fizikal adalah cara terbaik. Seborrho keratosis pula boleh dirawat
dengan rawatan fizikal dengan menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang
menghasilkan ‘heat’(haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam
berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen
atau rawatan pembedahan laser.

Melasma iaitu
pigmentasi atau kelompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah
lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim tetapi ada
juga pigmentasi yang tebal dan dalam. Ia mungkin memerlukan krim rawatan yang
agak lama secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Bagi mengatasi
jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil
langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya
melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti
penyebab dan rawatan yang sesuai.
Semakin berusia
individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat
adalah penyakit kulit yang tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi
warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka perlu berjumpa doktor
kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.
RAWATAN TRADISIONAL
Selain rawatan moden,
masalah jeragat boleh diatasi dengan rawatan tradisional. Berikut beberapa
langkah yang boleh di lakukan bagi mengatasi masalah jeragat:-

1. Sediakan beberap
helai sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk.Setiap pagi ambil sehelai dan
gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
2. Ambil 2 inci daun betik,1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan diseluruh muka anda dan biarakn ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti skrub) dan cuci. Gunakan air suam untuk menyegarkan kembali kulit wajah.
3. Ambil putih telur, rendam
tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingg tisu menjadi kering.
Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
4. Gosokkan hampas
kelapa diseluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu.
Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi halus dan gebu.
Nota: Rawatan di
atas hanya sesuai untuk masalah jeragat yang ringan sahaja.
RAWATAN YANG LEBIH
BERKESAN
Untuk Rawatan yang
lebih berkesan, anda boleh gunakan produk Zarraz Paramedical. Set setiap produk
adalah bergantung pada jenis kulit anda. Anda boleh pilih set rawatan
pigmentasi yang sesuai dengan kulit masing-masing. Lihat senarai set di bawah
mengikut jenis kulit.
![]() |
Produk Zarraz Paramedical |
Jika anda mempunyai
masalah JERAGAT berserta JERAWAT dan mempunyai Jenis Kulit BERMINYAK. Anda perlu
gunakan Set ini.
- Calming Cleansing Milk – RM90
- Calming Cleanser Rose – RM80
- Essence Sebum Gel – RM80
- Sun Protection SPF50 for Acne – RM90
Jika anda mempunyai
masalah JERAGAT, mempunyai Jenis Kulit KERING. Umur di bawah 45 Tahun Anda perlu
gunakan Set ini.
- Calming Cleansing Milk – RM90
- Firming Cleanser – RM80
- Refreshing Hydrating Lotion – RM80
- Imoisturizer – RM80
- Sun Protection SPF50 for Acne – RM90
Jika anda mempunyai
masalah JERAGAT, mempunyai Jenis Kulit KERING. Umur 45 Tahun dan ke atas, Anda perlu
gunakan Set ini.
- Calming Cleansing Milk – RM90
- Firming Cleanser – RM80
- Refreshing Hydrating Lotion – RM80
- Stemcell Serum – RM95
- Sun Protection SPF50 for Acne – RM90
0 comments:
Post a Comment
Untuk sebarang persoalan, Sila hubungi talian 010-263 9329.
Anda digalakkan untuk terus menghubungi (Call @ SMS) talian tersebut untuk memudahkan pertanyaan anda boleh dijawab dengan pantas.
Jika anda meninggalkan komen di ruangan komen blog ini, mungkin persoalan anda lambat dijawab dan mungkin juga tidak sempat dijawab. Ini kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat ruangan komen blog ini kerana terlalu sibuk dengan tempahan dan proses penghantaran kepada pelanggan kami yang tidak kurang dari 20 orang setiap hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi terus talian 010-263 9329 atau tinggalkan sahaja komen atau Message anda di ruangan Facebook Kami di http://www.facebook.com/ZarrazParamedical. Sekian, Terima Kasih.